26 October 2011

Flashback : PP v Nee Siang Yee

An old case reported in Bernama back in 2008, where our Richard Wee and Edward Saw were appointed by the High Court to defend Nee Siang Yee, an accused facing the death sentence of Section 39B of the Dangerous Drugs Act. 

________________________


link:-
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/8/13/TERKINI/Mutakhir/Peniaga_dibebaskan_daripada_pertuduhan_edar_dadah&sec=mstar_berita

Peniaga dibebaskan daripada pertuduhan edar dadah
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mengedar dadah seberat 52.16 gram kira-kira enam tahun lepas.
Hakim Lim Yee Lan melepaskan dan membebaskan Nee Siang Yee, 35, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan adanya kes prima facie terhadap Nee di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Lim berkata terdapat percanggahan antara keterangan pegawai polis yang menangkap Nee dan keterangan Chee Wee Lin iaitu orang yang berada di dalam kereta bersamasama Nee berhubung tempat dadah itu dijumpai di dalam kereta.
Katanya pendakwaan juga gagal membuktikan dadah yang ditemui dalam kereta yang dipandu Nee adalah miliknya. Terdapat dua orang lain dalam kereta itu iaitu Chee dan seorang warga Indonesia Adi Umar.
Beliau berkata dalam keterangannya, pegawai polis itu berkata dadah itu ditemui atas lantai dekat dengan pedal kereta di depan tempat duduk pemandu manakala Chee dalam keterangannya menyatakan beliau nampak dadah itu dikeluarkan dari bawah tempat duduk pemandu.
Nee didakwa mengedar dadah jenis methaphetamine di sebuah tempat cuci kereta di No 6, Jalan Mahmud, Kampung Baru, Kuala Lumpur  pada 11.45 malam, 8 Okt 2002.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39 B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Nee, Chee dan Adi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan itu tetapi pendakwaan kemudiannya mengugurkan pertuduhan terhadap Chee dan Adi.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fuad Othman manakala Nee diwakili peguam Richard Wee. BERNAMA

25 October 2011

Happy Deepavali

The Festival of Light dawns upon us

Happy Deepavali to our Malaysian Hindu friends from RWY.
 May the light shine on all Malaysia!